Sunday, 26 April 2015

KEMBARA KERJAYA



Pada 25 April 2015 (Sabtu) baru-baru ini, SK Kuala Lanar telah mengadakan Program Kembara Kerjaya di Kidzania Damansara, Selangor. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kerjaya yang terdapat di Negara ini. Disamping membuka minda dalam memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat kelak. Program ini memberi peluang kepada setiap murid merasai sendiri alam pekerjaan serta merasai akan kesukaran dalam melakukan kerjaya. Di harap pendedahan ini dapat membuka minda akan pelbagai kerjaya yang boleh dipilih mengikut kesesuaian murid dari segi kelulusan dan minat. 

Bagi guru-guru atau ibu bapa yang ingin membuat lawatan ke Kidzania Malaysia, bolehlah melayari website mereka di sini www.kidzania.com.my



Saturday, 25 April 2015

Kem Bestari Solat



Bertepatan dalam melahirkan insan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, SK Kuala Lanar telah mengadakan Kem Bestari Solat pada 22 April 2015. Program ini selaras dengan tuntutan yang Islam dalam melahirkan insan yang harmoni dalam segi rohani dan ketaatan dalam beragama. Selain itu program ini selaras dengan sukatan pelajaran J-Qaf. Di harap program ini dapat mengubah dan memperbaiki sikap murid-murid dalam melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya.






Karnival Mini Permainan Tradisional 2015



Karnival Mini Permainan Tradisional telah diadakan pada 22 April 2015. Ia bertujuan memberi pendedahan tentang permainan tradisional yang semakin dilupakan. Jika tiada pendedahan di peringkat sekolah, mungkin suatu hari nanti kanak-kanak generasi kini tidak mengetahui jenis-jenis permainan tradisional yang ada di negara kita. Disamping itu, karnival ini diharapkan dapat mengekalkan permainan tradisional dalam jiwa anak-anak zaman kini serta mengimbau kembali zaman kanak-kanak para guru. Antara permainan yang sempat diperkenalkan dan dimainkan bersama ialah batu seremban, galah panjang dan baling selipar. Inn shaa Allah pada masa akan datang pihak sekolah akan meneruskan karnival-karnival seperti ini.








Saturday, 11 April 2015

Program Minggu Pencegahan Dadah 2015


Program Minggu Pencegahan Dadah merupakan program yang wajib diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini sekolah kami telah melaksanakan program ini bermula pada 6 April 2015 dan akan berakhir pada 10 April 2015. Alhamdulillah, ianya menerima sambutan yang sangat menggalakkan berdasarkan penyertaan murid dalam setiap aktiviti yang diadakan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan melukis dan mewarna poster, mengadakan ceramah dan kuiz.