SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SK
KUALA LANAR
Pada awal sekolah SK Kuala Lanar ini dibina, pusat
sumber masih belum wujud. Hanya ada bilik darjah dan bilik guru semata-mata.
Sehinggalah bangunan kayu dibina juga masih belum wujudnya pusat sumber. Ini
berikutan kurangnya bilik khas untuk dijadikan bilik perpustakaan. Namun,
setelah bangunan batu dibina untuk menapung keperluan semasa disamping
perkembangan pendidikan, baharulah pusat sumber mula diwujudkan.
Bangunan lama/asal sekolah ini telah dijadikan pusat sumber
sekolah. Pada asalnya bangunan ini ialah bilik guru dan bilik darjah. Namun,
setelah bangunan baharu dibina, bilik guru ini kemudiannya dijadikan pusat
sumber, sementara bilik bersebelahan
dijadikan bilik tayangan. Pihak sekolah memilih lokasi ini kerana tiada pilihan
lain. Ini berikutan bangunan baharu yang dibina hanya dapat menmpung keperluan
kelas tahun satu hingga tahun enam sahaja. Disamping makmal sains dan juga
bilik guru.
Mulai tahun 2005, dua bilik yang berasingan ini (pusat
sumber dan bilik tayangan ) telah dicantum menjadi sebuah ruang yang agak besar
untuk diubahsuai menjadi pusat sumber sekolah demi keselesaan murid-murid SK
Kuala Lanar.
Oleh sebab bangunan ini agak usang dan dibuat
daripada kayu, namun tidak mematahkan
semangat pihak pengurusan pusat sumber untuk menjadikan bilik ini kelihatan
ceria/ menarik serta selesa untuk murid menimba ilmu.