Thursday, 25 December 2014

SEJARAH PENUBUHAN PSS




SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SK KUALA LANAR

Pada awal sekolah SK Kuala Lanar ini dibina, pusat sumber masih belum wujud. Hanya ada bilik darjah dan bilik guru semata-mata. Sehinggalah bangunan kayu dibina juga masih belum wujudnya pusat sumber. Ini berikutan kurangnya bilik khas untuk dijadikan bilik perpustakaan. Namun, setelah bangunan batu dibina untuk menapung keperluan semasa disamping perkembangan pendidikan, baharulah pusat sumber mula diwujudkan.

Bangunan lama/asal sekolah ini telah dijadikan pusat sumber sekolah. Pada asalnya bangunan ini ialah bilik guru dan bilik darjah. Namun, setelah bangunan baharu dibina, bilik guru ini kemudiannya dijadikan pusat sumber, sementara  bilik bersebelahan dijadikan bilik tayangan. Pihak sekolah memilih lokasi ini kerana tiada pilihan lain. Ini berikutan bangunan baharu yang dibina hanya dapat menmpung keperluan kelas tahun satu hingga tahun enam sahaja. Disamping makmal sains dan juga bilik guru.

Mulai tahun 2005, dua bilik yang berasingan ini (pusat sumber dan bilik tayangan ) telah dicantum menjadi sebuah ruang yang agak besar untuk diubahsuai menjadi pusat sumber sekolah demi keselesaan murid-murid SK Kuala Lanar.

Oleh sebab bangunan ini agak usang dan dibuat daripada  kayu, namun tidak mematahkan semangat pihak pengurusan pusat sumber untuk menjadikan bilik ini kelihatan ceria/ menarik serta selesa untuk murid menimba ilmu.

No comments:

Post a Comment