Monday, 30 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG 2015

          Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2015 telah diadakan pada hari ini, 30 Mac 2015 bertempat di Makmal Sains SK Kuala Lanar, pada jam 2.45 petang. Pada mulanya pihak sekolah telah mendapat persetujuan daripada YB. Dato' Hj. Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri. Namun di saat-saat akhir, beliau tidak dapat hadir. Oleh itu, mesyuarat pada hari ini dirasmikan oleh Pegawai PPD Lipis, iaitu Tuan Haji Misnan Bin Haji Ismail, AMN.

         Secara ringkasnya, agenda Mesyuarat pada kali ini ialah :
  1. Pendaftaran
  2. Ketibaan tetamu kehormat/perasmi.
  3. Ucapan Penasihat, Guru Besar.
  4. Ucapan Pemangku YDP (*YDP PIBG telah meninggal dunia pada awal tahun ini)
  5.  Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD
  6. Jamuan Ringan
  7. Mesyuarat Agung dimulakan.
 Kehadiran ibu bapa penjaga pada tahun ini sangat menggalakkan. Antara yang paling menarik ialah pelbagai hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. :-).

Pendaftaran

Ketua Kampung, Pemangku YDP PIBG, Pegawai PPD Lipis dan Guru Besar SKKL

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah
Antara ibu bapa penjaga yang datang awal.

Pengacara Majlis, Cikgu Redzuan, Bacaan Doa oleh Ustaz Zakaria dan ucapan oleh NYDP, Encik Malek.
Ucapan Tuan Penasihat, En Jasmawari b Majid

Cabutan bertuah.
Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD Lipis, Tuan Haji Misnan Bin Haji Ismail, AMN


Mesyuarat Agung dimulakan.




Wednesday, 25 March 2015

SEJARAH SEKOLAH

SELAYANG PANDANG....
SEJARAH PENUBUHAN SK KUALA LANAR



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LANAR


          Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar bermula selepas tamatnya Perang Dunia ke-2. Ia dicetuskan atas kesedaran beberapa orang pemimpin tempatan mengenai kepentingan ilmu pelajaran bagi kanak-kanak. Satu perbincangan diadakan di antara para pembesar tempatan dan seterusnya satu ketetapan telah diambil untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Kuala Lanar.
Sehubungan itu pada tahun 1946, sebuah sekolah telah didirikan di atas sebuah bonggol (busut) dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Bangunan ini didirikan secara bergotong-royong oleh semua penduduk kampong dengan diketuai oleh Allahyarham Pilus Haji Abdul Rahman selaku Ketua Kampung pada ketika itu. Antara bahan utama dalam pembinaan sekolah ini ialah seperti kayu bulat sebagai tiang, dinding daripada buluh dan atap daripada daun pedar/rumbia. Masa yang diambil bagi menyiapkan sekolah ini adalah kira-kira sebulan.
          Individu-individu yang terlibat dalam mengasaskan sekolah ini ialah :
a.    Allahyarham Cikgu Mohamad Nor – penduduk Kg Kuala Lanar
b.    Allahyarham  Haji Sulaiman
c.    Allahyarham Pilus Haji Abdul Rahman
d.    Allahyarham Sulaiman Haji Abdul Rahman
e.    Allahyarham Kasim Haji Abdul Rahman
f.     Allahyarham Mohd Yasin b Hasan
g.    Allahyarham Datuk Wan Ibrahim
h.   Bekas Dato Orang Kaya Indera Maharaja Purba Jelai
i.     Ibu-bapa dan kanak-kanak Kampung Kuala Lanar pada ketika itu.

Sekolah yang telah siap didirikan ini boleh memuatkan murid dalam lingkungan 20-30 orang pada satu-satu masa. Nama sekolah ini pada ketika itu ialah Sekolah Rakyat Kuala Lanar. Bilangan murid pertama adalah kira-kira 25-30 orang melibatkan dua kelas sahaja dan murid-muridnya termasuklah juga kanak-kanak dari Kampung Kuala Kechau. Tarikh sebenar sekolah ini mula beroperasi tidak dapat dikenalpasti, tetapi pada tahun 1946, sesi persekolahan pertama telah bermula. 

Pelajaran pertama yang diajar di sekolah ini adalah membaca dan menulis jawi,membaca dan menulis rumi, ilmu hisab, ilmu agama dan pekerjaan tangan (kini pendidikan seni). Pada ketika itu, belum ada penyelarasan dalam system pendidikan dan matapelajaran tidak tersusun. Matapelajaran adalah berdasarkan kepentingan kaum. Untuk murid-murid melayu, matepalajaran jawi lebih ditekankan sebagai persediaan untuk belajar al-Quran. Manakala bagi sekolah Cina dan Tamil, kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan kurikulum di Negara asal mereka dimana buku-buku teks turut diimport dari Negara-negara tersebut. 

Tenaga pengajar pula adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh penduduk kampong sendiri. Tenaga pengajar di Sekolah Rakyat Kuala Lanar pada peringkat awal ialah Encik Khairudin bin Mat Kawi, Haji Ibrahim b Manja dan Allahyarham Mohamad Yusof bin Yaakob. Dua daripada mereka masih hidup ketika catitan sejarah ini ditulis dan bermastautin di Jerantut. Encik Khairudin bin Mat Kawi kini bergelar Datuk Kurnia. Manakala Allahyarham Mohamad Yusof bin Yaakob yang telah meninggal dunia pada tahun 1978 akibat penyakit strok. 

Mereka dipilih berdasarkan pada masa itu kerana mereka pandai menulis dan membaca serta mempunyai kebolehan dalam menyampaikan ilmu. Peralatan yang digunakan adalah papan batu, buku dan bagi kegunaan guru, papan hitam telah dibuat dari kepingan papan yang dihitamkan. Manakala murid-murid yang diambil pula tidak mengikut usia. Sehinggalah akhirnya pada tahun 1948, sekolah ini mendapat seorang tenaga pengajar lulusan maktab iaitu Cikgu Wan Badaruzaman.  

Sekolah ini mula berkembang dengan perubahan prasarana sekolah dimana pada tahun 1952 bangunan sekolah yang baru telah didirikan tetapi masih lagi bangunan kayu. Ia terdiri daripada 5 buah kelas. Bilangan murid pula dalam lingkungan 50 orang sahaja dan guru tidak lebih daripada 4 orang. Bangunan ini digunakan sehingga tahun 1963. Selepas itu, ia dijadikan sebagai surau kerana pada tahun 1963, bangunan sekolah batu telah didirikan yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah. 

Seterusnya pada tahun pelbagai perubahan prasarana lain telah berlaku sehinggalah kini. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :
·        1968 -  3 buah rumah guru telah dibina untuk kemudahan guru-guru yang mengajar di sekolah pada ketika itu.
·        1983 - kantin sekolah (bangunan batu) telah dibina.
·        2000 – bangunan batu 2 tingkat didirikan iaitu yang kini digunakan sebagai kelas, makmal sains dan bilik guru
·        2007 – sebuah makmal komputer didirikan 

       Sejak Sekolah Kuala Lanar memulakan operasinya, sehinggalah kini terdapat seramai 17 orang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini iaitu : 

1.
Mohamad Khairuddin bin Mohd Kawi
1946-1948
2.
Ahmad bin Mahmud
1948-1953
3.
Ab. Ghani bin Md. Ali
1953-1956
4.
Ab. Rashid bin Yaacob
1956-1960
5.
Shafie bin Sentol
1960-1968
6.
Ngah bin Md Yah
1968-1981
7.
Mohd Ludin bin Said
1981-1982
8.
Mat Intan bin Hj. Ngah
1982-1984
9.
Muhammad bin Ibrahim
1986-1987
10.
Abd. Wahab bin Johari
1988-1993
11.
Jamaluddin bin Othman
1994-1996
12.
Zulkafli bin Idris
1996-1998
13.
Hj Muhammad bin Ibrahim
1998-2000
14.
Shahrir bin Othman
2000-2004
15.
Mustapa Kamal bin Zakaria
2004-2011
16.
Roslan bin Abdul Latif
2011-2014
17.
Jasmawari bin Majid
2014-sekarang


Tuesday, 24 March 2015

ENGLISH MONTH

Pada bulan Mac ini, Panitia Bahasa Inggeris mengadakan Program "English Month". Program ini telah mula diadakan pada tahun lepas. Antara objektif utamanya ialah untuk memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris dan meningkatkan penguasaan murid dalam subjek Bahasa Inggeris. Sepanjang sebulan ini, murid-murid dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti yang telah dirancang sepanjang English Month ini ialah :
  1. The Launching of SK Kuala Lanar English Month
  2. Spell it Right Challenge
  3.  Poem Recitation
  4. Musical Performance
  5. Amazing Race
  6. Quiz
  7. Scrapbook 
  8. Beautiful  handwriting
Semua aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama semua guru.
  
THE LAUNCHING OF SK KUALA LANAR ENGLISH MONTH.

Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris ini telah selamat disempurnakan oleh Guru Besar, En Jasmawari Majid pada 2 Mac 2015 iaitu semasa perhimpunan rasmi pagi Isnin. Pengisian semasa majlis pelancaran ini ialah Gimik oleh Cikgu Redzuan, Ucapan Ketua Panitia (Cikgu Nur Kartina), Perasmian, Persembahan murid prasekolah dan tahun 1.
SPELL IT RIGHT CHALLENGE

Aktiviti ini diadakan pada  4 Mac 2015 dan dikendalikan oleh Cikgu Siti Aishah Hasan.Dalam aktiviti ini, guru menyebut perkataan dan murid mengeja perkataan yang disebut. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. 


POEM RECITATION

Aktiviti ini diadakan pada 9 Mac 2015 dengan dikendalikan oleh Cikgu Redzuan dan Cik Nur Kartina. Pertandingan ini adalah khusus untuk murid-murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.


MUSICAL PERFORMANCE

Aktiviti ini disertai oleh kelas tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 dengan dikendalikan oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing.

AMAZING RACE

Amazing Race telah dilaksanakan pada  27 Mac 2015 yang melibatkan semua guru dan murid. Aktiviti ini dilaksanakan bermula pada jam 7.45 pagi sehingga 10.15 pagi. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka dikehendaki bergerak ke stesen-stesen yang disediakan dan melakukan aktiviti yang dikendalikan oleh guru yang bertugas di setiap stesen. Apabila murid selesai melaksanakan tugasan di sesebuah stesen, guru akan memberikan klu untuk stesen yang seterusnya. Didapati hampir semua murid sangat teruja dan seronok dengan program sebegini.

Sesi Taklimat kepada guru-guru oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Cik Nur Kartina

Murid-murid berkumpul dalam kumpulan bagi memberi nama kumpulan dan menyelesaikan klu pertama yang diperolehi.

Wajah-wajah ceria murid-murid SK Kuala Lanar

 QUIZ

Kuiz bahasa telah dilaksanakan pada 25 Mac 2015. Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Husna Hassan. Semua murid dikumpulkan mengikut kelas. Mereka diberikan  soalan berbeza mengikut tahun. Pemenang adalah berdasarkan murid yang paling cepat menghantar jawapan dan betul semua.

Saturday, 7 March 2015

PROGRAM MULIA JUMAAT



Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap hari Jumaat, Program Mulia Jumaat telah dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam. Namun, pada tahun ini, program ini lebih menitik beratkan bacaan dan hafazan surah-surah lazim. Ini bertujuan untuk memantapkan murid-murid dalam bacaan surah-surah lazim, Walau bagaimanapun, aktiviti ini diselang-seli dengan bacaan surah Yassin setiap sebulan sekali dan motivasi atau tazkirah pagi.