Tuesday, 24 March 2015

ENGLISH MONTH

Pada bulan Mac ini, Panitia Bahasa Inggeris mengadakan Program "English Month". Program ini telah mula diadakan pada tahun lepas. Antara objektif utamanya ialah untuk memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris dan meningkatkan penguasaan murid dalam subjek Bahasa Inggeris. Sepanjang sebulan ini, murid-murid dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti yang telah dirancang sepanjang English Month ini ialah :
  1. The Launching of SK Kuala Lanar English Month
  2. Spell it Right Challenge
  3.  Poem Recitation
  4. Musical Performance
  5. Amazing Race
  6. Quiz
  7. Scrapbook 
  8. Beautiful  handwriting
Semua aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama semua guru.
  
THE LAUNCHING OF SK KUALA LANAR ENGLISH MONTH.

Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris ini telah selamat disempurnakan oleh Guru Besar, En Jasmawari Majid pada 2 Mac 2015 iaitu semasa perhimpunan rasmi pagi Isnin. Pengisian semasa majlis pelancaran ini ialah Gimik oleh Cikgu Redzuan, Ucapan Ketua Panitia (Cikgu Nur Kartina), Perasmian, Persembahan murid prasekolah dan tahun 1.
SPELL IT RIGHT CHALLENGE

Aktiviti ini diadakan pada  4 Mac 2015 dan dikendalikan oleh Cikgu Siti Aishah Hasan.Dalam aktiviti ini, guru menyebut perkataan dan murid mengeja perkataan yang disebut. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. 


POEM RECITATION

Aktiviti ini diadakan pada 9 Mac 2015 dengan dikendalikan oleh Cikgu Redzuan dan Cik Nur Kartina. Pertandingan ini adalah khusus untuk murid-murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.


MUSICAL PERFORMANCE

Aktiviti ini disertai oleh kelas tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 dengan dikendalikan oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing.

AMAZING RACE

Amazing Race telah dilaksanakan pada  27 Mac 2015 yang melibatkan semua guru dan murid. Aktiviti ini dilaksanakan bermula pada jam 7.45 pagi sehingga 10.15 pagi. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka dikehendaki bergerak ke stesen-stesen yang disediakan dan melakukan aktiviti yang dikendalikan oleh guru yang bertugas di setiap stesen. Apabila murid selesai melaksanakan tugasan di sesebuah stesen, guru akan memberikan klu untuk stesen yang seterusnya. Didapati hampir semua murid sangat teruja dan seronok dengan program sebegini.

Sesi Taklimat kepada guru-guru oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Cik Nur Kartina

Murid-murid berkumpul dalam kumpulan bagi memberi nama kumpulan dan menyelesaikan klu pertama yang diperolehi.

Wajah-wajah ceria murid-murid SK Kuala Lanar

 QUIZ

Kuiz bahasa telah dilaksanakan pada 25 Mac 2015. Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Husna Hassan. Semua murid dikumpulkan mengikut kelas. Mereka diberikan  soalan berbeza mengikut tahun. Pemenang adalah berdasarkan murid yang paling cepat menghantar jawapan dan betul semua.

No comments:

Post a Comment