Wednesday, 11 February 2015

GOOD MORNING VOCABULARY

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2012 yang merupakan cetusan idea Panitia Bahasa Inggeris dan Guru Besar pada masa itu iaitu Encik Roslan bin Abdul Latiff. Timbulnya iadea ini berikutan masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat lemah di kalangan murid-murid SK Kuala Lanar. Perlaksanaanya dibuat pada waktu pagi sebelum sesi pengajaran bermula iaitu selama 15 minit bermula 7.45 sehingga 8.00 pagi. Oleh yang demikian, sesi pengajaran bermula pada jam 8.00 pagi. Namun begitu pada tahun ini terdapat  perubahan yang dilakukan iaitu masa program ini dipendekkan dan diawalkan iaitu bermula jam 7.35-7.45 pagi. 

Semenjak dilaksanakan, terdapat perubahan dari segi penguasaan murid bagi subjek Bahasa Inggeris. Terutamanya dalam peperiksaan UPSR selama 3 tahun pelaksanaannya. Dalam program ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tahap penguasaan dalam ujian yang diberikan. Setiap kumpulan akan diberikan seorang guru sebagai fasilitator. Bahan-bahan yang digunakan pula disesuaikan mengikut tahap kumpulan masing-masing. Murid-murid perlu tahu sebut perkataan, faham maksud dan tahu ejaan perkataan yang terkandung dalam modul yang diberikan. 

Bagi mengetahui tahap penguasaan murid, ujian akan dijalankan sebanyak 2 hingga 3 kali setahun. Dalama ujian ini, murid perlu menulis maksud perkataan yang diberikan.

Pelancaran program Good Morning Vocabulary bagi tahun ini telah diadakan pada 10 Februari 2015. 

Gambar-gambar pada hari pelancaran 2015





Gambar-gambar semasa program dilaksanakan.






No comments:

Post a Comment