Program Bijak Sifir merupakan program yang dilaksanakan oleh panitia Matematik sejak tahun 2013. Ia bertujuan membantu murid-murid menguasai sifir. Ia merupakan cetusan idea daripada bekas guru besar SK Kuala Lanar iaitu En Roslan bin Abdul Latiff. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru sekolah.
Pelancaran program ini telah dilaksanakan pada 25 Februari 2015. Terdapat sedikit perubahan yang dibuat bagi tahun ini dimana murid-murid yang lemah akan diberikan latih-tubi fakta asas matematik dan bukannya menghafal sifir seperti tahun-tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment